Ya Allah..I have wronged myself for many times, may you forgive me and keep me on the right path..Ameen Ya Rabb.
2 June 2011…Hadiah ulangtahun ke 12 yang sangat bermakna buat diriku..Perjalanan yang cukup syahdu bagi aku hamba Allah yang menginginkan keampunan daripada yang Maha Esa lagi Maha Kuasa. Satu perjalanan bersama ayah, mak dan Adam ke baitullah (rumah Allah) Mekah Mukarramah.
Sepanjang perjalanan, perasaanku bercampur-campur. Tak tahu yang mana patut aku lebihkan. Takutkah? Gembirakah? Sedihkah? Terharukah? Namun, aku tetapkan jugak dalam hati ini dengan satu tujuan dan satu impian... Ingin menghadap kebesaran Allah di sana sambil memohon keampunan atas kesalahan yang telah aku lakukan selama ini. Ya Allah, ampunkanlah hambamu yang hina ini. Walaupun muka aku ni nampak kering tanpa setitik air mata, tapi di hati siapa yang tahu? Allah jua...

Tiba di Jeddah... Lapangan Terbang Antarabangsa yang cukup sederhana bagiku. Tidak terlampau besar dan tidak pulak terlampau kecil. Tapi, ribuan pendatang dan pelawat yang datang ke sini... sama ada dari luar negara ataupun dari dalam negara. Pertama kali aku turun dari pesawat gugur airmataku..alhamdulillah pertama kalinya doaku untuk menjadi tetamu Allah akhirnya dimakbulkan.. Aku masih lagi dalam keadaan ihram iaitu terikat dengan 13 pantang larang.
Aku dan keluarga disambut oleh mutawif Ustaz Hj Sufian..perkenalan singkat ini menjadikan aku sangat rapat dengannya walaupun perbezaan usia yang sangat jauh..namun kami mempunyai tujuan yang sama menghambakan diri kepadaMu… Ya Allah. Aku dan keluarga dibawa ke hotel Al-Sultan dan seterusnya menuju ke baitullah Mekah Mukarramah sambil melaungkan talbiah…Umrah pertamaku selesai pada pukul 2.00 pagi..

No comments:
Post a Comment